Atas permintaan ramai, saya akan cuba merungkai persoalan pilihanraya kampus dari sudut pandang saya.
Mungkin akan ada yang terluka, tetapi jadikanlah ia sebagai pedoman bagi yang merasakannya baik.
PRK baru-baru ini menunjukkan sekali lagi pihak yang melabelkan diri mereka Pro-Mahasiswa kembali memegang tampuk SRC. Sebenarnya mereka bukanlah pro-mahasiswa, tetapi mereka adalah pro-pembangkang, terutama PAS. Mahasiswa jangan mudah tertipu dalam hal ini.
Memenangi PRK dengan cara begini memanglah sesuatu yang tidak ikhlas. Menggunakan nama Pro-M seakan-akan mereka neutral, akhirnya mahasiswa mengundi mereka. Rupa-rupanya mereka adalah bayangan parti politik luar. Kebanyakan mahasiswa tidak sedar yang diri mereka tertipu.
Di UIA, nama WUFI dipakai. Kononnya 'We Unite For Islam', tetapi semasa berkempen, bertegur sapa pun tidak, tambahan pula mengutuk dan menjatuh-jatuhkan calon yang lain, yang juga seorang Islam. Idealisme politik cara jahiliah yang dipegang, bukan cara Islam.
Sebab itulah kita perlu lari daripada mengekori parti politik, PR mahupun BN. Kita perlu bina suasana politik baru di kampus-kampus. Pro-pembangkang dan Pro-aspirasi perlulah dibuang daripada landskap politik kampus.
Mahasiswa perlu berpegang pada idealisme politik yang baru. Jangan memasukkan diri ke dalam kumpulan yang memperjuangkan idelisme politik luar, kerana idelisme itu selalunya tidak tulen. Kita ada ilmu yang tulen, ada akal yang waras, dan ada idea yang jelas. Maka perjuangkanlah menggunakan cara kita sendiri, bukan dengan mengaitkan diri dengan mereka.
Mahasiswa perlu bangkit dan tolak sebarang usaha mengaitkan perjuangan mahasiswa dengan parti politik luar. Walaupun kebebasan kita termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi biarlah kebebasan itu tidak dimanipulasi oleh kumpulan berkepentingan. Binalah idealisme politik baru di kampus yang tulen dan bersih.
Yang paling penting untuk mahasiswa ialah mengambil tahu tentang perkembangan semasa, politik, dan dalaman kampus. Kita juga perlu tahu, siapa yang dicalonkan dan siapa yang terpilih sebagai SRC. Kita juga perlu tahu apakah taktik yang digunapakai oleh mereka supaya memenangi SRC, dan akhirnya 'mengawal' kita semua. Jika kita tak ambil endah, akhirnya kita akan dipergunakan dan diperkudakan untuk kepentingan kuasa mereka.
Bangkitlah Mahasiswa!
Monday, February 16, 2009
Pilihanraya Kampus yang diidamkan...
Salam Perjuangan!
Monday, February 2, 2009
Perihal ADUN melompat parti...
Salam Perjuangan!
Sudah menjadi trend terbaru, nampaknya, apabila ADUN mula bermain dengan trend melompat parti. Jika ADUN tersebut bagus, tidak mengapalah. Maksud saya, jika ADUN itu berhijrah atas sebab perjuangan, sudah pasti tidak menjadi masalah. Kalau ADUN tersebut hanyalah pencacai yang tidak berpendirian, menyorok dan menikus, sudah pasti akan diludah oleh para penyokongnya. Ini bukanlah pemimpin yang kita carikan!
Cara politik pimpinan PR di Perak menarik perhatian saya, apabila menggunakan surat akujanji para ADUN Perak untuk menggugurkan mereka. Mungkin juga berlaku kezaliman jika disalahgunakan, tetapi bagi mereka yang berjiwa pejuang, bukan pangkat yang dicari-cari. Kita berpegang pada prinsip perjuangan, di mana jawatan dan pangkat hanyalah amanah yang dikurniakan. Jika ada d atas kita, jalankanlah. Jika diambil kembali, istighfarlah dan teruskanlah perjuangan seperti pejuang-pejuang yang lain.
Saya menulis seperti itu, sebagai tazkirah kepada dua bekas ADUN itu, kerana mereka perlu beristighfar dan kembali kepada asas agama. Jika benar mereka tidak berniat untuk mengkhianati perjuangan PR, maka bersihkan nama mereka. Bukan dengan merebut pangkat itu, tetapi dengan cara yang lain. Kemudian tunjukkanlah komitmen mereka sebagai pejuang dalam PR.
Tetapi jika benar bahawa mereka sedang mengkhianati PR, maka ini kata-kata saya, "Padan Muka!" Saya tidak mahu menyatakan siapa yang salah, siapa yang betul. Tetapi, siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Ini adalah amaran kepada semua wakil rakyat, berpegang teguhlah pada prinsip perjuangan yang telus. Jangan bermain dengan politik untuk kepentingan tertentu. Tidak kira sama ada anda wakil rakyat PR atau BN, teguhkanlah perjuangan anda dengan keikhlasan dan keadilan. Persetankan kritikan orang lain jika anda benar-benar berjuang dengan kebenaran.
Tetapi, jika anda sedang melakukan khianat, laknat Allah ke atas kamu! Jangan kamu bermain dengan kuasa Tuhan. Jangan kamu bermain dengan rakyat! Walaupun kita tidak lagi dapat menurunkan kamu dengan undi, tetapi Tuhan pasti akan menurunkan kamu dengan cara yang lain. Jangan kamu terkejut. Ini untuk kamu, "Padan Muka!"
Tumpukanlah kepada usaha menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya. Jika ingin berhijrah atau melompat sekalipun, janganlah sampai mengganggu tugasan kamu. Jawatan ini bukan untuk dimain-main. Mana ada istilah "bercuti" bagi wakil rakyat! Kalau mahu bercuti, turunlah kamu dari takhtamu!
Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah!
-iwanmohamad-

Saturday, January 31, 2009
Waspada Denggi Chikungunya
Benarlah kata-kata, pada setiap nikmat itu ada ujiannya. Kemajuan material negara membawa ujian yang besar juga kepada kita. Di samping keruntuhan moral dan akhlak, kita juga diuji oleh penyakit-penyakit yang sukar untuk dikawal. Antaranya, Denggi dan Chikungunya.
Usah dibicaralah tentang penyakit-penyakit top and hi-fi yang lain, seperti AIDS, sakit kulit akibat pencemaran alam, dan sebagainya. Jangkitan virus semudah denggi pun kita sukar untuk kawal. Apakan tidak, manusia yang terbangun kini tidak mampu menyeimbangkan antara hak dan tanggungjawab masing-masing.
Pembangunan material yang megiurkan rupa-rupanya mensisihkan pembangunan sikap yang baik. Manusia kian alpa bahawa mereka punya tanggungjawab untuk menjaga setiap amanah pembangunan tersebut. Sampah sarap bersepahan di sana-sini. Akhirnya menjadi tempat takungan air. Si Aedes tertawa kegembiraan, menjumpai tempat sesuai untuk bertelur.
Anak si manusia menjadi mangsa anak si Aedes betina. Mulalah si manusia yang alpa itu mencari salah siapa. Semua pihak ditunjukinya, kecuali diri sendiri.
Selepas notifikasi dibuat oleh doktor yang merawat dibuat, datanglah anggota kesihatan ke rumah untuk foging. Si manusia alpa berdegil, tidak mahu membiarkan pasukan kesihatan melakukan tugas mereka di dalam rumahnya. Masing-masing tutup pintu, berkunci.
Datang lagi kes kedua, ketiga, dan seterusnya dari kawasan yang sama. Kawasan di mana manusia alpa tinggal. Masalahnya, mereka terus alpa. Sampah sarap merata-rata. Tidak mahu bekerjasama. Akhirnya diri yang merana. Kemudian dicari salah siapa. Semua orang salah kecuali dirinya sahaja.
Berubahlah wahai manusia. Ubah sikapmu sebelum terkena. Sampah sarap janganlah ada. Tutup tempat yang bertakung, jangan biar terbuka. Sikap berjiran perlulah dijaga. Penguatkuasa datang, berilah kerjasama. Kerja simple saja, janganlah banyak cerita. Setiap minggu, 10 minit saja. Periksa setiap sudut rumah dan luar, jangan lupa. Ada pembiakan jentik-jentik, buanglah segera. Basuh bekas tersebut, dan berwaspada sentiasa.
Barulah hidup aman sejahtera. Sihat sejahtera, buanglah dosa. Sikap mementingkan diri sendiri jauhkanlah. Siapa kita di hadapan yang Maha Esa? Hanya sekelumit daripada berbillion hamba-hambaNya. Buang ego, buang selama-lamanya.
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

Friday, January 30, 2009
PRK sudah berlalu...
Assalamualaikum, salam sejahtera...
Pilihanraya Kampus yang paling kotor...itulah kata-kata yang dikeluarkan oleh sdr. Saifullah Zulkifli selepas pengisytiharan pemenang PRK di Gombak. Benarkah kenyataan tersebut?
Sebenarnya, mungkin ini adalah di antara PRK yang kotor, tetapi mungkin bukan yang terkotor. Manakan tidak, kawan tiba-tiba menjadi lawan. Beliau mengeluarkan kata-kata itu sambil mengoyakkan risalah yang wujud semasa PRK baru-baru ini untuk memburuk-burukkan PKPIM di hadapan para penggerak WUFI.
Tidak tahulah siapa punya angkara risalah itu. Mungkin WUFI, dan mungkin juga pihak lain. Siapapun dia, ini adalah kerja yang keji tatkala kita berusaha untuk mematangkan dan menjernihkan suasana politik di kampus tercinta.
WUFI bermain dengan politik ala-pembangkang, dan Aspirasi bermain dengan politik ala-BN. Macam mana mahu bersih politik kampus kita? Kita generasi baru, diamanahkan untuk menjadi kelompok yang akan mencorak suasana politik negara. Bersihkan dahulu suasana politik kampus! Bukan BN atau PR yang kita mahukan di kampus, tapi mahasiswa!
Biarlah WUFI mahu tampil dan isytihar bahawa diri mereka menang. Walaupun sebenarnya, seingat-ingat saya, ramai calon-calon yang datang bertemu saya untuk meminta khidmat nasihat, kerana mereka tidak percaya dengan pimpinan WUFI yang bias, ramai di antara mereka mahu menjadi calon yang bebas, bukanlah calon WUFI. WUFI hanya batu loncatan bagi mereka.
Sebenarnya, pada diri mahasiswa itu ada karamah insaniyyahnya tersendiri. Kita tidak perlukan kelompok yang berjuang atas prinsip parti politik, seperti WUFI ataupun Aspirasi (walaupun WUFI kadang-kadang menafikannya). Gelanggang politik kampus bukanlah gelanggang politik nasional. Buat apa mahu didewakan sangat politik nasional yang penuh dengan kerosakan?
Kita bentukkanlah suatu model sistem politik yang kukuh, yang bebas daripada batasan parti politik dan permusuhan. Perpolitiklah dengan dasar kasih sayang. Biar apapun pegangan politik masing-masing, janganlah dibawa masuk perkara tersebut ke dalam kampus. Biarkan mahasiswa berfikir secara meluas dahulu sebelum membawa mereka ke aliran pemikiran kelompok-kelompok tertentu. Semoga masa depan politik kampus akan lebih murni dan telus...

Monday, December 8, 2008
Bukit Antarabangsa: Erti Pengorbanan Sebenar...
Mengambil peluang keterlibatan saya dengan aktiviti sukarelawan di Bukit Antarabangsa semalam, di lubuk hati saya muncul rasa kerdilnya kita di bawah kuasa Tuhan Pencipta Alam. Allahuakbar!
Saya bersyukur kerana sempat menyumbangkan sedikit tenaga saya membantu mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa itu. Bukanlah banyak yang mampu disumbangkan. Tetapi diharapkan agar sumbangan kerdil ini sekurang-kurangnya dapat menenangkan hati mereka yang terlibat.
Malam setibanya saya di rumah kakak di USJ, saya mendapat mesej daripada rakan seperjuangan, Wahid, tentang misi bantuan Biro Kesihatan Abim pada keesokan harinya. Rasa malas memang ada, tetapi kerana semangat volunteerisme yang mengalir bersama darah ke seluruh tubuh (gempak benar bunyinya), rasa itu dengan mudah mengatasi rasa malas. Budaya 'Hidup Biar Berjasa' yang dipegang oleh pendukung PKPIM insyaallah dijadikan amalan. Keesokan paginya, terus saya bergegas ke Anjung Rahmat dengan menumpang kereta senior, Dr. Syazni.
Setibanya di sana, rakan-rakan seperjuangan sudah sedia menunggu. Kami diberikan sedikit taklimat oleh ketua misi kami, Dr. Saifullah. Gabungan PKPIM, BKA (Biro Kesihatan Abim), dan GPM (Global Peace Mission) ini membentuk tiga kumpulan asas; untuk membantu pasukan kesihatan, membantu pasukan logistik, dan membantu pasukan kaunseling. Kami bergerak terus ke penempatan penduduk di Sekolah Hulu Kelang.
Setibanya kami di penempatan tersebut, kami disambut oleh penjaga di situ. Pada ketika itu, penempatan itu tidaklah sesibuk yang disangkakan. Ramai penduduk yang datang dan mendaftarkan diri sahaja, kemudian keluar untuk menginap di tempat lain. Apa yang kami lakukan ialah membantu kumpulan perubatan melayan pesakit. Saya membantu menenangkan pesakit yang kebanyakannya agak berumur, dibawa ke situ oleh helikopter kerana darah tinggi.
Keadaan menjadi semakin sibuk menjelang tengahari. Kami bersyukur kerana Allah telah mengaturkan hari tersebut menjadi redup. Ini memudahkan pekerja menjalankan tugasan mereka. Bunyi helikopter silih berganti membawa makanan, barangan, pesakit, VIP, dan wartawan. Setiap kali helikopter mendarat atau berlepas, terutamanya helikopter besar kepunyaan BOMBA, bumbung akan berterbangan. Sekali-sekala berlaku kekecohan akibat keadaan begitu.
Saya melayani pesakit di dalam bilik rawatan, ketika tiba-tiba sekumpulan wanita berpakaian merah masuk ke bilik rawatan. Bersama-sama mereka sekumpulan wartawan. Rupa-rupanya Datuk Shahrizat datang melawat. Pesakit saya tadi meminta saya untuk terus berada di sisinya kerana dia tidak suka ramai orang sebegitu. Tekanan darahnya kekal pada tahap tinggi. Sempatlah berborak dengan Datuk Shahrizat.
Sebelum beliau, ramai lagi politikus-politikus menjenguk. Kehadiran mereka kadangkala menggusarkan pesakit kerana mereka datang secara beramai-ramai. Inilah yang membimbangkan kami, pekerja kesihatan.
Kami pulang pada jam 5 petang. Saya mengambil kesempatan ini sebagai suatu pengalaman yang akan mematangkan saya. Melibatkan diri di dalam kegiatan sebegini sebenarnya membentuk diri kita supaya lebih fleksibel dan mampu bekerja dengan orang lain. Kita dapat melatih diri kita agar sentiasa merendahkan diri. Pada masa yang sama, kita dapat meningkatkan lagi kemahiran klinikal kita dan kemahiran sosial. Inilah sepatutnya yang menjadikan kita seorang yang lebih bernilai berbanding orang lain.
Bagi seorang pejuang, inilah pengorbanan yang perlu dilakukan walaupun pada hari raya. Kepada mangsa, tabahlah kerana Tuhan pasti ada bersama dengan anda. Insyaallah pengorbanan kita ini akan diangkat oleh Allah pada hari akhirat kelak...
p/s: Kepada mereka yang berminat untuk menyertai misi sebegini, hubungilah saya!

Tuesday, December 2, 2008
MSC RE-ENGINEERING: "Mengakar, Merimbun, Menjulang"
Assalamualaikum
Happy studying!
I'm not that eager to give my comment on the MSC. Basically, there are already people who would like to do so. Thus, I would rather stand behind them and look if there is anything else I can do.
Things change. If Obama won his election with the theme of 'Change', and Anwar won his struggle with the theme of 'Reformasi', I believe that change is the best solution for now. Then, I've changed my mind. I think that it is a need for me to do something to elevate the status of MSC with my own way....(Selanjutnya..)
Di Bawah Runtuhan Melaka Lama
Tidaklah Allah mengubah untung
Suatu kaum dalam dunia
Jika hanya duduk terkantung
Berputik lutut berputus asa
Bangunlah kasih, umat Melayu
Belahan asal satu turunan
Bercampur darah dari dahulu
Persamaan jadi kenangan
Semangat yang lemah dibuang jauh
Jiwa yang kecil kita besarkan
Yakin percaya, imanpun teguh
Zaman hadapan penuh harapan.
(HAMKA)
Suatu kaum dalam dunia
Jika hanya duduk terkantung
Berputik lutut berputus asa
Bangunlah kasih, umat Melayu
Belahan asal satu turunan
Bercampur darah dari dahulu
Persamaan jadi kenangan
Semangat yang lemah dibuang jauh
Jiwa yang kecil kita besarkan
Yakin percaya, imanpun teguh
Zaman hadapan penuh harapan.
(HAMKA)
Subscribe to:
Posts (Atom)