Sunday, May 19, 2013
Jangan Pakai Kain!
Semasa
saya mengikuti kursus Tunas Muda MRA (Malaysian Relief Agency) pada tahun
lepas, saya dapati program ini sangat berguna kepada sukarelawan di lapangan.
Program ini sebenarnya adalah untuk melatih sukarelawan yang baru berjinak
dengan kerja masyarakat tentang persiapan dan kesiapsiagaan yang perlu ada
dalam situasi yang pelbagai.
Program
ini dijalankan di Pos Bersih, Slim River. Ia adalah satu perkampungan Orang
Asal yang terletak agak terpencil daripada dunia luar. Program ini menjadikan
simulasi bahawa ‘Lokasi tersebut sedang menghadapi kemarau teruk’. Kumpulan peserta
adalah daripada pelajar universiti-universiti dalam dan luar Negara.
Dalam satu
taklimat yang diberikan oleh seorang jurulatih, katanya, untuk gerak kerja
dalam kawasan bencana, setiap sukarelawan perlu sentiasa bersedia untuk
sebarang kemungkinan. Setiap sukarelawan perlu pandai menjaga diri
masing-masing. Mereka tidak boleh menjadi beban kepada orang lain. Sebab itu,
latihan sebegini adalah sangat penting sebelum terlibat di lapangan.
“Sebelum
tidur, pastikan beg sudah dikemas dan tiada barang yang berselerakan. Jika
berlaku apa-apa, maka akan ada arahan supaya ‘evacuation’. Pada ketika itu,
tidak boleh lagi menyusun barangan; kamu perlu ambil beg dan terus beredar. Ingat,
ambil...dan pergi!”
...” dan satu lagi....JANGAN TIDUR PAKAI KAIN sahaja”
Sama juga dengan ahli gerakan. Setiap
daripada kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan. Kesiapsiagaan kita
perlu ada pada tahap maksimum. Kadangkala, rancangan jemaah lain sama sekali
daripada perancangan kita. Maka mahu tidak mahu, kita kena turuti....
Ingat....JANGAN PAKAI KAIN JE...takut terlucut ketika
berlari....
Saturday, May 18, 2013
New appearance....New me...
Seperti yang anda perasan, wajah blog saya sudah berubah. Perubahan memerlukan suatu tenaga baru. Tanpa tenaga, perubahan tidak akan berlaku.
Jika kita mahu menolak sebuah bola salji, sedikit tenaga diperlukan. Lama-kelamaan, apabila bole salji itu sudah mempunyai momentum sendiri, ia akan bergolek sendiri.
Begitu juga saya...perubahan perlu dilakukan untuk menjadi lebih baik. Laman blog ini sudah lama terbiar. Perlu ada penambah-baikan. Saya sendiri tidak pasti sampai bila ia akan berlaku. Tapi, biarlah ianya berlaku dengan perlahan-lahan. Saya masih belajar blogging...
p/s: Lebih baik buat sekarang... kesannya, mungkin 10 tahun akan datang....

Subscribe to:
Posts (Atom)