Aduh, masih belum selesai isu Herald ini? Apa muslihat mereka? Mahu melakukan kristianisasi di Malaysiakah? Jika benar, kita tak akan benarkan...
Ikuti kenyataan akhbar PKPIM berkenaan isu Herald.
Saturday, March 7, 2009
PPSMI hancur!
Alhamdulillah, selesai sudah perhimpunan yang mencabar ala-keranda 152.
- Antara reaksi segera Dato' Hisyamuddin, mempersoalkan tindakan aktivis ini yang mula bertindak setelah 6 tahun dilaksanakan. Dangkalnya pengetahuan Menteri Pelajaran ini, kerana tidak tahu yang kita sudah membantahnya sejak mula-mula dilaksanakan lagi! Malangnya, kenyataannya itu memperjelaskan lagi bahawa pihak kementerian telah MEMBAKUL SAMPAHKAN banyak memorandum yang telah dihantar sebelum ini.
- Reaksi PM pula, supaya isu ini ditangani segera, untuk mengelak daripada perkara yang lebih buruk berlaku. Aduhai PM, adakah kami rakyat jelata perlu bermandi gas pemedih mata dan 'water canon' dulu, barulah tuan mahu bersuara? Kasihanilah ibu-ibu tunggal, nenek-nenek berkerusi roda yang turun membantah PPSMI untuk anak-cucu mereka. Namun, terima kasih juga kita ucapkan kepada PM kerana akhirnya tuan bersuara juga...
- Tindakan polis yang tidak bertanggungjawab menyembur 'water canon' dan gas pemedih mata ke dalam masjid amat mengecewakan. Ada jemaah sedang bersembahyang, anak kecil yang berlindung, ibu tua yang berehat. Kenapa tindakan yang sama alasannya dengan askar Israel yang menyerang masjid di Palestin diambil? Sedangkan Masjid Negara adalah tempat yang sah untuk berhimpun.
- Isu bahasa, hanya mereka yang memahami sahaja yang berani bertindak. Jika tidak faham, bagaimana mahu percaya. Jika tidak percaya, bagaimana mahu bertindak. Akhirnya anak-anak kampung yang menderita, tidak bersemangat untuk belajar kerana tidak faham. Keciciran akan meningkat, walaupun kerajaan menurunkan graf kelulusan. Pengangguran akan bertambah. Akhirnya jenayah akan berleluasa.
- Bagi yang berjaya merentasi cabaran PPSMI, maka mereka ini akan memiliki jiwa Inggeris, hilang jatidiri. Memulakan perbualan pagi dengan Bahasa Inggeris, mengakhiri bicara malam dengan 'good night'. Ibu-bapa bertungkus lumus bercakap dalam bahasa Inggeris, untuk membolehkan anak mereka bercakap dalam Bahasa Inggeris. Menonton televisyen dalam Bahasa Inggeris. Mendengar radio Bahasa Inggeris. Membaca buku Bahasa Inggeris. Akhirnya Bahasa Melayu entah ke mana. Sesungguhnya pada bahasa itu ada nilainya, budaya yang dibawa bersamanya. Bahasa Melayu mambawa budaya Melayu. Bahasa Inggeris membawa budaya Barat. Globalisasi menjadi ancaman. Dunia tanpa sempadan membaratkan Malaysia. Adakah ini yang kita mahu?
- Jika perlu lagi, rakyat akan terus menyuarakan apa yang patut kepada kerajaan yang tidak tahu ini. Biar apa cara sekalipun, kerajaan yang tidak tahu perlu diberitahu. Mudah-mudahan Agama, Bangsa, dan Tanah air tidak tergadai. Mudah-mudahan kita diredhoi Allah...
Friday, March 6, 2009
Isu kampus kita...
- Pelbagai isu timbul kebelakangan ini. Pertama, perpustakaan di JHC akan ditutup. Kedua, ruang letak kereta terhad. Ketiga, brothers akan berpindah sekali lagi! Keempat, CF sisters ditakluk dan ditutup.
- Perkara ini sudah lama diperjuangkan. Pada tahun lepas, saya sendiri telah beberapa kali menyuarakan isu common-room, contohnya. Akhirnya, kita dapat satu common-room yang sederhana besarnya; tidak selesa, tetapi memadailah.
- Isu tetap ada. Kini, lebih besar lagi isunya. Apa yang mampu kita lakukan?
- Kalau dikira, setiap pelajar berhak menyuarakan rasa hati mereka. Mahasiswa bukan lagi kanak-kanak kecil yang perlu diarahkan untuk melakukan sesuatu, tetapi rakan dalam pembangunan. Perbincangan perlu dibuat supaya isu ini boleh dikendalikan dengan baik.
- Saya ingin mencadangkan agar satu petition dibuat untuk menyatakan pendapat kita terhadap isu-isu tersebut.
- Pertama, kewujudan perpustakaan JHC telah menyebabkan 'human resource' terhad. Ini menyebabkan perpustakaan tidak dapat menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelajar dan staf. Pembukaan perpustakaan terpaksa digilir-gilirkan supaya tidak berlaku pertindihan. Jika MSC bersetuju dengan pendapat ini, penerangan perlu dibuat kepada setiap ahli agar mereka faham, kenapa MSC tidak menentang gerakan ini.
- Kedua, isu ruang letak kereta. Isu ini memang tidak akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat, melainkan ada pihak yang berkompromi dalam hal ini. Antara caranya ialah:
- menghadkan kewujudan kereta melalui persetujuan kuota untuk setiap batch dan setiap kuliyyah;
- menyusun jadual agar digilirkan perletakan kereta di tempat letak dekat dengan mahallah;
- membuat persetujuan berdasarkan siapa cepat dia dapat.
- Ketiga, isu perpindahan brothers. Dalam isu ini, kita hanya boleh membuat petisyen mengharapkan agar mereka mempertimbangkan pendapat kita. Ia perlu dibuat segera memandangkan masa sedang pantas berlalu.
- Keempat, CF sisters yang ditakluk. Saya cukup marah dengan menaklukan tersebut. Akibatnya, banyak meeting kita terpaksa dibuat di tempat yang tidak kondusif. Kalau di Perak, mereka bersidang di bawah pokok, begitu juga di UIAM Kuantan. Tidak ada sebab yang kukuh CF sisters ditutup. Kita perlu bantah tindakan ini.
- Kepada pemimpin-pemimpin, kami sentiasa meletakkan harapan kepada anda. Buatlah yang terbaik. Mahasiswa perlu mampu menunjukkan sesuatu yang hebat. Mahasiswa hebat.
Celaka si bedebah!
- isu PPSMI mula dibicarakan oleh ABIM dan PKPIM sejak dari tahun 2003 lagi.
- Pada masa itu, tidak ada sesiapa yang mahu menunjukkan kesungguhan mereka menentang dasar ini. Tetapi, alhamdulillah. Berkat istiqamah, akhirnya ramai yang mehu terlibat sama.
- Kalau mahu digariskan, banyak sebabnya kita menentang dasar PPSMI ini. Masing-masing berpendapat bahawa merekalah yang lebih patriotik, sama ada menyetujui PPSMI atau menentang PPSMI. Bagi yang bersetuju, alasannya adalah untuk membangunkan bangsa Melayu, tetapi bagi yang tidak bersetuju, kerana ingin mengelakkan bangsa Melayu dihanyutkan oleh arus globalisasi yang menggila.
- Isu yang dimainkan berbeza, yang bersetuju melihat dari aspek pembangunan, manakala yang tidak bersetuju melihat dari aspek survivor bangsa dan bahasa.
- Bermulanya sesebuah bangsa itu dari bahasanya. Setiap bangsa mempunyai nilai bahasanya sendiri. Hilangnya bahasa, maka hancurlah bangsa.
- Dari sudut pembangunan pula, jika sesebuah bangsa itu gagal menguasai Bahasa Inggeris dalam konteks sekarang, maka bangsa itu akan gagal untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain.
- sebenarnya, kedua-dua hujah di atas adalah tepat. Tetapi, dalam knteks PPSMI, keutamaannya perlu diletakkan kepada penjagaan Bahasa Melayu demi menjaga ketamadunan dan kemandirian anak bangsa. Untuk mengatasi kemelut pembangunan, kerajaan perlulah memberikan latihan tambahan untuk penguasaan Bahasa Inggeris, tanpa mengganggu gugat kedudukan Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah dan menengah.
- Banyak cara lain boleh dibuat. NGO-NGO juga perlu memainkan peranan membangunkan anak bangsa dengan memberikan pendedahan terhadap Bahasa Inggeris contohnya, untuk membantu mereka berhadapan dengan alam pekerjaan dan alam persaingan kelak.
- Ini dua isu yang berbeza. Janganlah disebabkan kita mahu maju, maka akar di bumi mula kita lupakan. Akhirnya kita jatuh tumbang menyembah bumi.
- Kesukaran anak bangsa di peringkat pengajian tinggi memang sudah dijangkakan. Tetapi, jika asas jatidiri sudah kukuh menapak di hati, kesusahan ini akan dapat diatasi dengan hemah dan bijaksana. Akhirnya terlahirlah pejuang bangsa yang sejati, berakar dengan jatidiri, menjulang membina kecemerlangan di peringkat antarabangsa.
- Bukankah ini Melayu Glokal yang kita bicarakan?
Subscribe to:
Posts (Atom)