Tuesday, June 15, 2010

Pandangan Alam Islam Asas Perubatan Islam

Dalam memahami kerangka gagasan ini, asas yang paling utama ialah pemahaman Pandangan Alam Islam yang digariskan oleh Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Alparslan Acikgenc, dalam bukunya yang mengulas tentang makna ‘Islamic Science’ menyatakan bahawa, segala aktiviti saintifik hanya akan berlaku di dalam ‘worldview’ yang memiliki struktur pendidikan yang bersifat saintifik. Manakala, aktiviti saintifik yang islamik pula hanya akan berlaku di dalam ‘worldview’ yang Islamik. Maka, asas perbicaraan adalah ‘Islamic Worldview’ itu sendiri, yang secara tidak langsung akan membentuk aktiviti saintifik yang Islamik.

Dalam kembara mencari makna Perubatan Islami ini, saya menemui pelbagai definisi yang diberikan oleh cendekiawan yang pelbagai. Saya menemui karya Prof Omar Hassan Kasule, yang memberikan definisi terhadap Perubatan Islamik. Definisinya kurang lebih sama dengan definisi yang diberikan oleh IIIT. Berlainan dengan defenisi yang diberikan oleh Dr. Danial dalam bukunya “Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden”, yang lebih menumpu kepada Perubatan Nabawi dan Qurani. Beliau mengambil definisi daripada pandangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah yang membahagikan kesihatan kepada fizikal dan rohani.

Namun, kembara ilmu saya masih belum menemui suatu makna yang boleh menemukan saya dengan keyakinan. Karya Prof Al-Attas dalam menerangkan Pandangan Alam Islam sahaja setakat ini memberikan sedikit-sebanyak ‘pencerahan’ kepada saya. Pendekatan beliau yang menekankan makna setiap satu, atau epistemologikal, memberikan pencerahan bahawa kecelaruan yang berlaku pada hari ini, sedikit sebanyak adalah sumbangan penjajahan yang berlaku sejak sekian lama. Penjajahan ini adalah dari aspek fizikal dan mental. Walaupun kebijajahan berlaku dalam aspek fizikalnya, namun spiritualnya dan mentalnya masih terjajah.

Bermula dari penjajahan fizikal, sedikit demi sedikit diserap masuk budaya dan bahasa, akhirnya cara berfikir. Oleh sebab itu, para cendekiawan islamis melabelkan fenomena ini sebagai ‘ghazwatul fikr’ atau ‘peperangan pemikiran’. Walaupun secara zahirnya, umat islam dan dunia amnya terlihat aman dan tenteram, namun dalam jiwanya penuh dengan kemelut dan konflik. Tiada ketenangan seperti yang terlihat dek mata kasar. Pertembungan pemikiran yang maha dahsyat membuatkan ummat menjadi keliru dan kacau pemahaman mereka.

Bagi Prof Syed Naquib, bukan umat sahaja yang terkeliru, bahkan para ilmuwan di kalangan mereka juga turut terkeliru. Ia dimulakan dengan penggunaan kata-istilah yang mengelirukan, yang akhirnya menyebabkan perbincangannya menjadi kacau-bilau. Tidak ketemu titik pertemuannya antara Islam dan Dunia. Inilah yang meracuni dunia keilmuan pada masa kini, menurut beliau. Kerana makna yang satu dipisahkan terus dengan unsur uluhiyyah, dan yang satu lagi berkait rapat. Perpisahan inilah yang dikatakan sekularisasi. Seterusnya berlaku lagi pengembangan kepada pemikiran modernisme dan post-modernisme. Mungkinkah istilah 'Modern Medicine' terkait secara maknawi dengan pemkiran modernisme?

Lantaran itu, beliau menggagaskan gagasan Islamisasi Ilmu untuk mengembalikan ‘pemahaman’ sebenar tentang dunia dan seluruhnya. Inilah gagasan yang menekankan pada faham setiap satu istilah dan kata, dari segi gunanya dan maknanya. Dan diusulkan bahawa pemahaman ini perlu disandarkan pada makna hakikinya, iaitu berdasarkan apa yang dimaknakan oleh Tuhan Pencipta, kerana Dialah Tuan setiap satu. Inilah yang dikatakan ‘Islamic Worldview’ seperti dinyatakan di atas.

Dr Adi Setia, seorang cendekiawan lepasan ISTAC yang kini mengajar di Kuliyah Ilmu Wahyu, UIAM, menggagaskan bahawa, ‘Islamic Science’ perlulah berteraskan kepada ‘Islamic Worldview’. Di luar teras itu, maka percambahan berlaku. Namun, percambahan itu tidak boleh terpisah daripada teras tersebut, bahkan mempunyai ciri ‘mempertahankan’ dan 'melindungi' teras tersebut. Oleh sebab itulah, setiap kajian yang dibuat oleh para ilmuan Islam terdahulu, pasti akan dkembalikan kepada ‘teras’ yang dimaksudkan di atas (seperti tulisan buku tersohor Al-Qanun).

Acikgenc berhujah, bahawa sebuah Pandangan Alam itu amat sukar untuk diukur kebenarannya, kerana sukar untuk menafsirkannya dalam bentuk kuantitatif. Ia tidak dapat dilahirkan dalam bentuk yang objektif. Maka, oleh itu, ramai yang tercampur-baur antara Pandangan Alam Islam dan Pandangan Alam yang bukan Islam sebagai terasnya. Dengan menerangkan secara panjang lebar, beliau cuba menjustifikasikan bahawa Pandangan Alam itu boleh terbentuk dengan dua keadaan; iaitu secara pasif atau secara aktif. Pandangan Alam yang terbentuk secara pasif itulah yang lebih sukar untuk diukur, kerana pemiliknya sendiripun tidak sedar tentang Pandangan Alam yang dimilikinya.

Adapun kehadiran Rasulullah S.A.W itu adalah untuk membetulkan Pandangan Alam umat manusia supaya menjadi Pandangan Alam Islam yang benar. Ia berlaku secara aktif dan tersusun. Acikgenc telah menerangkan secara terperinci di dalam bukunya tentang perkara ini. Umat Islam, akhirnya memiliki kecerahan dari segi minda dan hati hasil dari pencerahan Ilahi yang dibawa Rasulullah S.A.W, sehinggakan mereka dapat berada di apeks kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.

Maka, inilah yang perlu didalami dan diperbahaskan dengan mendalam dan khusus oleh para ilmuan kita dalam menyelami Konsep Perubatan Islami. Tidak ramai yang sudi membicarakannya, kerana kepenatan yang teramat sangat. Allah sahaja yang mampu mengubah segalanya, dan memberikan kekuatan serta stamina kepada kita untuk menyelami perkara ini, supaya menjadi lebih terang dan tenang.

Seperti yang dinyatakan di atas, adalah amat sukar untuk diperbetulkan Pandangan Alam yang sudah lama tertanam dalam diri insan. Akhirnya, hanya mereka yang didatangkan oleh Allah dengan ketenangan dan hikmah sahaja yang dapat mengalami ketenangan jiwa. Biarlah Allah yang menentukan dan membuka hati dan minda kita semua supaya sentiasa dilimpahi hidayahnya…

Monday, January 11, 2010

Fw: [pkpimsiber] Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa



--- On Mon, 1/11/10, Azril Hanafi <blankurt@yahoo.com> wrote:

From: Azril Hanafi <blankurt@yahoo.com>
Subject: [pkpimsiber] Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa
To: "hidayahnet" <hidayahnet@yahoogroups.com>, islamic-ebook@yahoogroups.com, saifulislam@yahoogroups.com, "pkpimsiber" <pkpimsiber@yahoogroups.com>
Date: Monday, January 11, 2010, 6:53 AM

 
sumber : http://ismashahalam .net/v1/? p=518

kobanna1-outside


kobanna1-inside



Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.

TARIKH : 30 JANUARI 2010
TEMPAT : DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN) , KAMPUS PUTRAJAYA
ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA


OBJEKTIF


i.  Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii.Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.



PEMBENTANG KERTAS KERJA


Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia
Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia
Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia

YURAN PENYERTAAN


Klasifikasi

Bayaran

Sasaran (orang)

Perseorangan

RM50

800

Wakil Organisasi

RM100

20

Suami dan Isteri

RM70

200

Pelajar

RM20

2000



TENTATIF PROGRAM


8.00 am – 8.40 am

Kehadiran peserta dan pendaftaran

8.40 am – 9.00 am

Pembukaan dan ucapan aluan pengerusi

9:00am – 10:00am

Ucaptama Konvensyen oleh Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia

10:00am -10:20am

Rehat

10:20am -11:30am

Kertas Kerja I "Pemikiran Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Agenda" oleh Ustaz Hj. Mohd Rusdi bin Hj. Alias

11:30am- 11:40am

Tayangan Multimedia

11:40am -12:50pm

Kertas Kerja II "Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pendekatannya di Malaysia" oleh Ustaz Hj. Mohd Hazizi bin Hj. Ab. Rahman

12:40pm – 2:00pm

Solat dan Makan Tengahari

2:00pm – 3:10pm

Kertas Kerja III "Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak" oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni

3:10pm – 4:00pm

Ucapan Penggulungan dan Resolusi

4:00pm

Majlis bersurai


__._,_.___
Semua Emel yang dihantar oleh ahli PKPIM Siber bukanlah melambangkan pendirian PKPIM. Segala Kenyataan Rasmi PKPIM dalam E-Group ini hanyalah daripada kiriman emel Sekretariat PKPIM pusat :
spp_pkpim@yahoo.com / spp@pkpim.net

"Dan Kami tidak mengutus engkau Muhammad kecuali membawa rahmat bagi seluruh alam" (Al-Anbiya' :107)
.

__,_._,___