Monday, December 8, 2008

Bukit Antarabangsa: Erti Pengorbanan Sebenar...

Mengambil peluang keterlibatan saya dengan aktiviti sukarelawan di Bukit Antarabangsa semalam, di lubuk hati saya muncul rasa kerdilnya kita di bawah kuasa Tuhan Pencipta Alam. Allahuakbar!

Saya bersyukur kerana sempat menyumbangkan sedikit tenaga saya membantu mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa itu. Bukanlah banyak yang mampu disumbangkan. Tetapi diharapkan agar sumbangan kerdil ini sekurang-kurangnya dapat menenangkan hati mereka yang terlibat.

Malam setibanya saya di rumah kakak di USJ, saya mendapat mesej daripada rakan seperjuangan, Wahid, tentang misi bantuan Biro Kesihatan Abim pada keesokan harinya. Rasa malas memang ada, tetapi kerana semangat volunteerisme yang mengalir bersama darah ke seluruh tubuh (gempak benar bunyinya), rasa itu dengan mudah mengatasi rasa malas. Budaya 'Hidup Biar Berjasa' yang dipegang oleh pendukung PKPIM insyaallah dijadikan amalan. Keesokan paginya, terus saya bergegas ke Anjung Rahmat dengan menumpang kereta senior, Dr. Syazni.

Setibanya di sana, rakan-rakan seperjuangan sudah sedia menunggu. Kami diberikan sedikit taklimat oleh ketua misi kami, Dr. Saifullah. Gabungan PKPIM, BKA (Biro Kesihatan Abim), dan GPM (Global Peace Mission) ini membentuk tiga kumpulan asas; untuk membantu pasukan kesihatan, membantu pasukan logistik, dan membantu pasukan kaunseling. Kami bergerak terus ke penempatan penduduk di Sekolah Hulu Kelang.


Setibanya kami di penempatan tersebut, kami disambut oleh penjaga di situ. Pada ketika itu, penempatan itu tidaklah sesibuk yang disangkakan. Ramai penduduk yang datang dan mendaftarkan diri sahaja, kemudian keluar untuk menginap di tempat lain. Apa yang kami lakukan ialah membantu kumpulan perubatan melayan pesakit. Saya membantu menenangkan pesakit yang kebanyakannya agak berumur, dibawa ke situ oleh helikopter kerana darah tinggi.

Keadaan menjadi semakin sibuk menjelang tengahari. Kami bersyukur kerana Allah telah mengaturkan hari tersebut menjadi redup. Ini memudahkan pekerja menjalankan tugasan mereka. Bunyi helikopter silih berganti membawa makanan, barangan, pesakit, VIP, dan wartawan. Setiap kali helikopter mendarat atau berlepas, terutamanya helikopter besar kepunyaan BOMBA, bumbung akan berterbangan. Sekali-sekala berlaku kekecohan akibat keadaan begitu.

Saya melayani pesakit di dalam bilik rawatan, ketika tiba-tiba sekumpulan wanita berpakaian merah masuk ke bilik rawatan. Bersama-sama mereka sekumpulan wartawan. Rupa-rupanya Datuk Shahrizat datang melawat. Pesakit saya tadi meminta saya untuk terus berada di sisinya kerana dia tidak suka ramai orang sebegitu. Tekanan darahnya kekal pada tahap tinggi. Sempatlah berborak dengan Datuk Shahrizat.


Sebelum beliau, ramai lagi politikus-politikus menjenguk. Kehadiran mereka kadangkala menggusarkan pesakit kerana mereka datang secara beramai-ramai. Inilah yang membimbangkan kami, pekerja kesihatan.

Kami pulang pada jam 5 petang. Saya mengambil kesempatan ini sebagai suatu pengalaman yang akan mematangkan saya. Melibatkan diri di dalam kegiatan sebegini sebenarnya membentuk diri kita supaya lebih fleksibel dan mampu bekerja dengan orang lain. Kita dapat melatih diri kita agar sentiasa merendahkan diri. Pada masa yang sama, kita dapat meningkatkan lagi kemahiran klinikal kita dan kemahiran sosial. Inilah sepatutnya yang menjadikan kita seorang yang lebih bernilai berbanding orang lain.

Bagi seorang pejuang, inilah pengorbanan yang perlu dilakukan walaupun pada hari raya. Kepada mangsa, tabahlah kerana Tuhan pasti ada bersama dengan anda. Insyaallah pengorbanan kita ini akan diangkat oleh Allah pada hari akhirat kelak...


p/s: Kepada mereka yang berminat untuk menyertai misi sebegini, hubungilah saya!

Tuesday, December 2, 2008

MSC RE-ENGINEERING: "Mengakar, Merimbun, Menjulang"

Assalamualaikum

Happy studying!

I'm not that eager to give my comment on the MSC. Basically, there are already people who would like to do so. Thus, I would rather stand behind them and look if there is anything else I can do.

Things change. If Obama won his election with the theme of 'Change', and Anwar won his struggle with the theme of 'Reformasi', I believe that change is the best solution for now. Then, I've changed my mind. I think that it is a need for me to do something to elevate the status of MSC with my own way....(Selanjutnya..)

Di Bawah Runtuhan Melaka Lama

Tidaklah Allah mengubah untung
Suatu kaum dalam dunia
Jika hanya duduk terkantung
Berputik lutut berputus asa

Bangunlah kasih, umat Melayu
Belahan asal satu turunan
Bercampur darah dari dahulu
Persamaan jadi kenangan

Semangat yang lemah dibuang jauh
Jiwa yang kecil kita besarkan
Yakin percaya, imanpun teguh
Zaman hadapan penuh harapan.

(HAMKA)

Saturday, October 25, 2008

Puisi Ayahanda Siddiq Fadzil

Tatkala membelek buku 'Mensyukuri NIkmat Menginsafi Amanat', hati tersentuh apabila terbaca puisi beliau berkenaan semangat merdeka generasi muda:

BICARA MERDEKA SEORANG GURU TUA

Lima dasawarsa yang lalu
aku, anak desa yang dungu serba tak tahu
hanya ikut-ikutan melulu
memekik "Merdeka! Hidup Tunku!" bertalu-talu.

Hingga tiba ketika aku berani bertanya
ruh dan makna sepatah kata,
meminta bukti nyata sebuah cerita
"Merdeka".

Kutadah segala madah
kuperah khazanah hikmah
kutemukan daulat karamah insaniyah
mulia perkasa dengan al-izzah.

Merdeka siapa cuma mengenyah penjajah
merdekaku meraih izzah
Deklarasi syahadah: La ilaaha illa Lllah
menyanggah berhala seribu wajah
mengenyah segala bedebah penjajah, penjarah, penjenayah.
Kubongkar pendaman fakta
Kubuka kitab pusaka
Terserlah deretan nama
Wira merdeka bukan Tunku sahaja
ramai yang mendahuluinya.

Mendadak aku bertanya
sejarah bikinan siapa?
Merdekakah kita,
julingkah mata sarjana
apabila tidak bersuara
tentang pahlawan tak dikenang
wira tak didendang?

Lima dasawarsa lamanya
banyak kata belum terkota
banyak lagi rupa tak seindah berita.

Bagi generasi yang semakin tak mengerti
kata merdeka bak mantra yang hilang sakti
dan mereka semakin tak peduli.

Jiwa merdeka sirna ditelan pesta
matilah rasa hilanglah peka
betapapun gegak gempitanya
pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Tetapi semerta terbelalak mata
bila setan korupsi menggoda,
"Mau duit ka? Mau duit ka? Mau duit ka?"

Gejala pesona yang kian menggila
menginjak takwa menganjak jiwa
merdeka dengan ketuhanan Yang Maha Esa
menjadi hamba kewangan yang "maha berkuasa".

Pada Hari Merdeka yang ceria
kusimpan tangis di balik tawa
kupendam cemas di tengah pesta.
Akan terjualkah merdeka kita?


Siddiq Fadzil,
31 Ogos 2007

Saturday, October 4, 2008

Kalau sudah serasi di hati...

Salam semua…

Saya sedang berada di rumah kakak yang berada di USJ. Hari ini saya akan bertolak ke Kuantan untuk meneruskan misi perjuangan di sana. Saya akan menumpang Kurshid, rakan yang setia dengan perjuangan...

(salanjutnya...)

Thursday, July 17, 2008

Majlis Perwakilan Pelajar: Politikus Semulajadi

Apabila dikatakan tentang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), sudah semestinya mereka ini adalah pemimpin-pemimpin pelajar yang dipilih secara pilihanraya untuk memimpin pelajar yang lain. Jika dilihat secara objektif, kepimpinan adalah suatu proses membawa sekumpulan pengikut ke satu arah yang ditentukan. Kepimpinan bukanlah suatu amanah kecil, tetapi suatu tanggungjawab yang besar.

(seterusnya...)

Sunday, July 6, 2008

Proposal for the Student Discount Card

This suggestion had been issued in the recent MPPK. I get the copy from the blog of the president of MPMUPM. Please view the proposal here.

Memperkasa Gerakan Mahasiswa di Era Baru

Gerakan mahasiswa seringkali dilihat sebagai gerakan berhaluan kiri. Mahasiswa dijadikan kambing hitam dalam meniti arus politik yang maha mencabar. Mahasiswa dikaitkan dengan pembangkang, jika persis membantah tindakan-tindakan pihak kerajaan ataupun universiti sendiri. Apabila gejala ini berlaku, mahasiswa menjadi buntu dan gerakan ini menjadi kaku. Jarang sekali mahasiswa dilihat sebagai pembangun negara (nation-builder). Perkara sebegini hanya akan menyekat kebijaksanaan generasi ini dan seterusnya manjadikan generasi ini statik.

(Terus membaca...)

Friday, June 6, 2008

Kenaikan Harga Minyak: Nilai Semula Pendirian Kerajaan!

Kenaikan harga minyak yang mencatatkan rekod kenaikan tertinggi dalam sejarah negara memberikan impak yang sangat tinggi kepada rata-rata rakyat Malaysia. Umum dapat menerima kenyataan tentang kenaikan harga minyak antarabangsa, namun apabila kenaikan itu berlaku di dalam negara tercinta ini, maka rakyat tidak dapat menerimanya. Pendapat rakyat adalah negara ini merupakan pelindung mereka. Namun, selepas beberapa peristiwa sepert kenaikan harga minyak ini, kepercayaan rakyat menjadi tergugat. Di dalam hati saya, saya terus berdoa agar pendapat ini akan terus benar buat selama-lamanya.

(selanjutnya...)

Tuesday, June 3, 2008

Raja Petra Kamarudin (RPK) meRePeK (RPK)

Agak pelik perangai si RPK ini sejak dia masuk ke dalam penjara baru-baru ini. Saya tidaklah kenal beliau secara rapat, tetapi saya kerap juga mengikuti perkembangan beliau. Kali ini, beliau meRePeK lagi dengan pelbagai RePeKan yang tidak berasas. (Lihat RePeKan beliau)

Lanjut...

Thursday, May 29, 2008

Isu uniform sekolah

Jemari ini terketar-ketar hendak menari di atas papan kekunci (keyboard) laptop yang saya pinjam dari adik saya, Irfan. Berguna juga laptop ini di tangan abang iwan!Sebentar tadi saya terbaca pandangan Ketua Wanita JIM yang menyeru agar pakaian uniform sekolah dikekalkan dengan apa yang sedia ada. Katanya, pakaian sedemikian sudah sekian lama dipakai oleh para pelajar tanpa menimbulkan sebarang masalah. Mungkin beliau terlupa, beliau bukan lagi seorang 'remaja'. Mungkin juga beliau terlupa bahawa beliau dikelilingi oleh klik-klik yang memang berpakaian baik dan berfahaman tinggi tentang garis panduan pemakaian, maka suatu undang-undang tidak lagi diperlukan. Tetapi bagi pelajar yang kebanyakan, peraturan yang jelas memang diperlukan!

(Panas...!)

Wednesday, April 9, 2008

Beberapa isu semasa...

Jari kembali menari di atas papan kekunci (keyboard) komputer di perpustakaan ini. Maklumlah, komputer sendiri di bilik masih lagi belum mandapat asses internet UIAM. Tak tahu di mana silapnya, permintaan demi permintaan SRC dan MRC masih terus dipinggirkan.

Walaupun......(seterusnya)

Monday, April 7, 2008

Berhenti Mempromosikan Sufiah

Mungkin hampir seluruh rakyat Malaysia sudah maklum akan berita tentang Saudari Sufiah Yusuf. Beliau adalah seorang pelajar genius yang terlahir hasil kurniaan tuhan kepada keluarganya. Perlu juga diingat, kelahiran beliau adalah hasil daripada didikan gigih ayahnya yang sekarang didakwa pernah mencabul bekas pelajarnya. Ayahnya juga seorang genius. Mungkin ibunya juga seorang genius.

(Baca seterusnya)

Friday, April 4, 2008

Mengapa Muslim Marah?(3M)

Bermula daripada mengenali siapa sebenarnya manusia yang bernama Muhammad bin Abdullah, ramai di kalangan para pemuda Arab pada ketika itu mula berjinak-jinak dengan 'ajaran' beliau. Muhammad bukanlah seorang yang pandai membaca seperti ramai pemuda sekarang. Muhammad bukan juga seorang yang sukakan populariti. Muhammad hanyalah seorang manusia yang mempunyai akhlak yang terpuji, sehinggakan orang marhaen pada ketika itu menggelarnya sebagai Al-Amin.

(Nak lagi?)

Sunday, March 23, 2008

Apa dah jadi?

Jika berlaku sesuatu di depan mata, tiada sesiapa pun dapat menafikannya. Seluruh rakyat menjadi saksi pertembungan Istana dengan UMNO. Mengapa berlaku perkara sebegini, sedangkan UMNO adalah pejuang ketuanan Raja-raja Melayu?

(Baca seterusnya)

Semua Umno bahagian sokong Ahmad MB baru

UMUM PELANTIKAN: Datuk Bentera Luar, Datuk Oar Pilus (kiri) membacakan watikah pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu dihadapan Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman (duduk kanan) sebelum majlis penyerahan watikah perisytiharan pelantikan di Istana Tetamu, di Kuala Terengganu, semalam. Ahmad, 51, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), sebelum ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri. Pada pilihan raya umum lepas, Ahmad berjaya mengekalkan kerusi DUN Kijal menewaskan calon PAS, Hazri Jusoh dengan majoriti 3,157 undi.

(Baca Penuh)

Friday, March 14, 2008

Hak istimewa Melayu tetap kekal (daripada Berita Harian, 14/3/08)

Hak istimewa Melayu tetap kekal
Oleh Shad Faruqi
Budi bicara Yang di-Pertuan Agong alternatif kepada kehilangan majoriti dua pertiga SELEPAS keputusan mengejutkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, ramai yang mula tertanya-tanya berkaitan soal Perlembagaan, Parlimen, hubungan antara Kerajaan Pusat-negeri dan hak keistimewaan orang Melayu. Misalnya, ada yang bertanya apa akan jadi kepada Barisan Nasional (BN) berikutan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, apabila memperoleh cuma 140 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan atau 63 peratus sokongan dalam Dewan Rakyat....

(seterusnya...)

Thursday, March 13, 2008

Ada apa dengan PRU-12?

Salam perpaduan dan perjuangan!
Dalam menilai situasi politik semasa, kita tidak harus lupa untuk melihat kembali sejarah yang menjadi bekalan kita. Ramai orang cuba mengaitkan isu 13 Mei selepas DAP memenangi banyak kerusi dalam pilihanraya yang lepas. Menurut mereka, situasi sekarang amat mirip situasi pada waktu tersebut. Dengan rasa rendah diri, saya berpendapat suasana sudah berubah.
Dalam forum bersama Datuk Johan Jaafar,....

(seterusnya...)

Tuesday, March 11, 2008

UIAM Universiti Apeks?

Universiti Apeks: Mampukah UIAM?
Pelan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi menggambarkan bahawa suatu komitmen yang tinggi telah diletakkan oleh kementerian untuk mewujudkan sebuah universiti bertaraf antarabangsa. Komitmen ini diperkukuhkan lagi oleh keberkongsian kementerian dengan para perwakilan mahasiswa untuk sama-sama menjayakan visi ini. Namun, dalam berbicara tentang taraf universiti yang tinggi ini, perlu bagi setiap warga universiti termasuklah mahasiswa untuk mencerminkan diri, lantas mengambil segala kritikan untuk dijadikan azimat demi memacu ke arah visi unggul tersebut.

(Seterusnya...)